Photobucket
Photobucket

Search Here

Custom Search

5/26/2008

Bayarlah Dengan Segelas Susu

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bunga sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cinta keindahan alam itu mulai terasa letih. Tenggorokannya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya lusuh dan dekil.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

Jawab perempuan itu, “Oh, tak perlu bayar. Ibu dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih saja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah rumah sakit terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh dokter pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang dokter dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, dokter itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Ibu dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”

Kini masanya untuk membalas jasa. Dokter itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di ICU untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Biaya perawatan ditunjukkan kepada dokter itu untuk pengesahan. Dokter tersebut membuka setiap lembar dari tagihan tersebut. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada tagihan tersebut, kemudian menulis sesuatu pada lembar terakhir dari tagihan tersebut. Setelah itu dia menandatanganinya. Tagihan itu diantar ke alamat yang tertera, yaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut terkejut menerima tagihan tersebut. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hidup sekalipun, belum tentu dia dapat membayar tagihan yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke lembar terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di tepinya. Tulisan itu berbunyi…

“Bayarlah dengan segelas susu..”

Tidak ada komentar: